top of page

Vokal Mania: Suara Dikatakan Persis Cakra Khan, Razak A’ai Susun Strategi

izzlynzrh

Sumber Dari XTRA My

Mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, penyanyi baru Razak A’ai dikenali kerana keunikan suara serak yang dimilikinya.

Tampil sebagai rookie di minggu kedua Vokal Mania yang bakal berlangsung pada malam ini, ada peminat yang menyamakan alunan vokal Razak persis penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan.

Bagi Razak, kelebihan mempunyai suara husky sekaligus menjadi strategi untuk menyerlah pada malam ini.


Doakan yang terbaik!

Mengakui gementar berada di pentas Vokal Mania, Razak menyifatkan semua rookie yang bertanding pada malam ini mempunyai kehebatan masing-masing.

Namun, Razak berharap semua peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya yang juga bakal mengeluarkan lagu terbaharunya selepas Vokal Mania nanti.

Jadi, untuk mengundi rookie Razak Aai jangan lupa layari xtra.com.my/vokalmania okay!


Sumber Dari XTRA My

Comments


COPYRIGHT BY TODAK FUSION SDN BHD 2024 ©   ALL RIGHTS RESERVED

bottom of page