top of page

Todak Motorsports Sedia Platform Untuk Peminat Sukan Permotoran

14 February 2020 - Sumber dari Prebiu


Todak Motorsports yang dijenama semula daripada Todak Racing akan menganjurkan pelbagai acara yang lebih besar kepada peminat sukan permotoran tanahair sepanjang 2020 ini.


PRESIDEN Todak Motorsports, Mohamad Hafiz berkata, menerusi kejayaan didalam arena perlumbaan yang disertai pada musim lepas memberikan keyakinan bahawa pihaknya sudah bersedia bergerak dalam skala yang lebih besar dibawah jenama Todak Motorsports.


Beliau berkata, tidak seperti Todak Racing yang sebelum ini menumpukan kepada perlumbaan kereta sahaja, peranan Todak Motorsports untuk melibatkan kepelbagaian sukan permotoran dibawah satu entiti.

“Penubuhan kelab komuniti ini membolehkan disiplin lain seperti drift, drag, gymkana, konvoi dan banyak lagi acara sukan bermotor untuk duduk dibawah label Todak ini sendiri.


“Hala tuju kelab in dibangunkan sebagai satu dukungan dan insiatif menyemarakkan arena sukan negara khususnya arena permotoran,” katanya pada majlis pra pelancaran Todak Motorsports di Setia Alam, malam semalam.





10 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page