top of page

Shiha Zikir mendominasi AME 2021

Sumber Dari Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shiha Zikir mencipta sejarah tersendiri apabila mendominasi Anugerah Meletop Era 2021 (AME 2021) dengan membawa pulang lima anugerah termasuk anugerah Top Top MeleTOP Wanita.


Bagi kategori tersebut Shiha membawa pulang RM10000 dan sebuah trofi.

Shiha pada malam berprestij itu turut membawa pulang empat anugerah lain termasuk Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP serta dua anugerah yang dimenangi bersama penyanyi rap, Noki iaitu Duo MeleTOP dan Lagu MeleTOP Era.

Pencapaian Shiha itu meleburkan rekod dipegang penyanyi Siti Nordiana yang memenangi tiga anugerah pada AME 2020.


Sementara itu, penyanyi berbakat besar, Khai Bahar tidak pulang dengan tangan kosong apabila merangkul anugerah Top Top MeleTOP Lelaki sekaligus membawa pulang RM10,000 dan trofi.


Selain itu Khai juga mengungguli dua anugerah lain termasuk Penyanyi MeleTOP dan Program MeleTOP. Khai membawa pulang RM5000 bagi setiap kategori berkenaan.


Malam gilang gemilang itu juga diserikan dengan persembahan istimewa antaranya daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta penyanyi berprofil tinggi, Dayang Nurfaizah.


Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), AME 2021 dikendalikan tiga pengacara tersohor, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.


Dalam pada itu, berikut merupakan senarai pemenang AME 2021 mengikut kategori.


Lagu MeleTOP: Shiha Zikir & Noki (Aewo) Filem MeleTOP: Ada Apa Dengan Dosa Bintang Filem MeleTOP: Shiha Zikir Personaliti TV MeleTOP: Jihan Muse BBNU MeleTOP: Alyssa Dezek Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar Couple MeleTOP: Emma Maembong & Muhammad Shazli Si Cilik MeleTOP: Arianna Aubrey & Karl Kareef Pelakon MeleTOP: Fasha Sandha (Sihir Pemisah) Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini (Khai Bahar) Artis Baharu MeleTOP: Dini Schatzmann Artis Versatil MeleTOP: Shiha Zikir Video MeleTOP: Wany Hasrita Grup/Duo MeleTOP: Shiha Zikir & Noki Drama MeleTOP: Kampung Pisang Bersiri-Siri Influencer MeleTOP: Dr. Say Anugerah Legend MeleTOP: Roslan Aziz Anugerah Sepanjang Zaman: Hamid Ghurka Anugerah Khas MeleTOP: Datuk Aznil Nawawi Top Top Duo MeleTOP: Dolla Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar Top Top MeleTOP Wanita: Shiha Zikir

Sumber Dari Utusan Malaysia |


16 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page