top of page

Selepas Menang Anugerah Luar Negara, Shiha Zikir Tampil Dengan Irama

Sumber Dari Xtra | 21.8.2021


Nama penyanyi tanah air Shiha Zikir, kini sudah mula dikenali di persada antarabangsa terutamanya di Los Angeles apabila baru-baru ini beliau berjaya memenangi anugerah Intercontinental Music Awards (ICMA) dalam kategori Pop Asia.



Anugerah itu sekaligus membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu bersaing setaraf dengan penyanyi antarabangsa lain.


Situasi pandemik Covid-19 bukan penghalang buat Shiha untuk terus aktif dalam industri muzik yang diminatinya.


Terkini, Shiha telah bersedia untuk melancarkan lagu terbaharunya yang bertajuk Irama setelah hampir setahun fokus kepada bidang lakonan.


Lagu Irama ini merupakan hasil kolaborasi di antara dua label music iaitu Todak Music dan Alternate Records & Talents.


“Setelah berkecimpung hampir 10 tahun di dalam industri hiburan, banyak yang Shiha pelajari secara tidak langsung mengasah bakat Shiha untuk lebih menyerlah. Antara yang Shiha sedang fokuskan ialah belajar untuk menjadi lebih mahir menyampaikan lagu dalam pelbagai genre.





“Shiha berharap dengan usaha ini dapat mengembangkan lagi bakat saya ke negara jiran seperti Korea, Thailand dan lain-lain lagi. Irama menjadi taruhan untuk Shiha walaupun masih dalam Bahasa Malaysia namun muziknya tidak seperti lagu-lagu biasa yang Shiha nyanyikan. Diharapkan semua peminat dapat menerima buah tangan terbaru dari Shiha ini,” katanya.


Lagu berentak catchy dan up to date ini merupakan sentuhan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves.


Diinspirasikan oleh Pop Korea, rentak ini menjadi trend dan senang untuk didengar. Lagu ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang sangat menyukai seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya.


Lagu Irama edaran Alternate Records & Talents dan Todak Music akan dilancarkan di semua pelantar digital bermula 20 Ogos 2021.


36 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page