Penulis: KHAI AZFAR
Sumber: Murai
Tarikh: APRIL 12, 2021
Kumpulan hip hop Malaysia yang dianggotai oleh lapan orang anak muda dari Kota Kinabalu Sabah ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Saban tahun ada sahaja kejayaan yang dicipta oleh K-Clique.
Jalin Kerjasama Dengan Todak
Terbaru, kumpulan popular ini mencipta sejarah apabila menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan yang semakin meningkat naik iaitu Todak.
Difahamkan, antara mengapa K-Clique dipiih oleh Todak adalah kerana fenomena luar biasa yang dicetuskan kumpulan yang dianggotai oleh MK, Noki, Tuju, SoMean, K-Deaf, FareedPF, G-Nello dan NastyNas ini.
‘Streetwear’ Bakal Dilancarkan
Dengan kerjasama ini, tidak lama lagi peminat bakal melihat koleksi ‘Streetwear’ yang bakal dilancarkan di butik cawangannya di SS15 Subang Jaya dan K-Clique juga akan bekerjasama dengan Todak Music dalam menerbitkan lagu terbaru untuk tahun ini termasuklah penghasilan muzik video.
“Pembikinan lagu dan muzik video ini seiring dengan revolusi yang ingin dibawa oleh Todak menerusi kepelbagaian platfom penstriman digital. Ini bakal dilihat melalui gabungan kolaborasi idea kreatif dari kedua pihak dalam membawa impak besar kepada industri penjenamaan produk tempatan sekaligus membawa jenama Todak ke peringkat global dengan lebih efektif” “Kita dah melalui pelbagai perbincangan sejak dari tahun lepas namun terhenti akibat dari kesan Pandemik Covid -19. Kita mensasarkan suku ketiga (Julai 2021) tahun ini bakal membawa fenomena baru buat peminat Todak dan juga K- Clique", kata Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, Ikmal Fareeq dalam kenyataan media kepada Murai.my
Sekadar info, Jenama Todak menaungi beberapa anak syarikat yang memberi fokus yang berlainan seperti Todak Culture (Produk), Todak Studios (Pembangunan Permainan), Todak Fusion (Hiburan dan Pengurusan Acara) dan Todak Academy (Pembelajaran Kontemporari). Beberapa selebriti ternama turut bernaung di bawah label ini antaranya Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak A’ai dan Dina Nas.
Comments