Penjenamaan semula, Todak Motorsports mahu kuasai sukan permotoran

Sumber Dari Niaga Times

Jenama sukan permotoran meningkat naik tanah air yang bernaung di bawah Todak, Todak Racing telah mengumumkan penjenamaan semula mereka sebagai Todak Motorsports bagi membawa misi yang lebih besar dan kemasan perancangan lebih agresif untuk tahun 2020.


Presiden Todak Motorsports, Mohamed Hafiz berkata, kejayaan demi kejayaan di dalam perlumbaan yang diraih pada musim lepas memberikan keyakinan bahawa pihaknya sudah sedia bergerak dalam skala yang lebih besar di bawah jenama Todak Motorsports.

“Penubuhan Todak Motorsports ini membolehkan disiplin lain seperti ‘drift’, ‘drag’, ‘gymkana’, konvoi dan banyak lagi acara sukan bermotor untuk bernaung di bawah label Todak itu sendiri.


“Antara perancangan bagi tahun 2020 adalah Trackday Sepang dilanggar Todak (3x), Mega Gathering Meet Uo and Fun Drive, Advance Driving Session with Admi and Mycil, Program CSR, Drag Terpadu 2020, Malaysia Speed Festival Racing Super 1500N, MSF Touge dan MCS SP2,” katanya pada Majlis Pra Pelancaran Todak Motorsports di Kotak Hitam, Setia Alam, baru-baru ini.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengasas Todak, Khairul Azlan, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Mohd. Ikmal Fareeq dan pelumba utama Todak Motorsports, Admi Shahrul.


Tambah Mohamed Hafiz, sokongan daripada pemain industri permotoran amat penting dalam merealisasikan impian Todak Motorsports, sebuah kelab komuniti lokal yang serius untuk melihat pasukan pelumba tempatan menakluki pentas antarabangsa.


“Kami di Todak Motorsport berharap agar dapat bekerjasama dengan pihak yang berminat untuk berkolaborasi sekaligus membawa misi yang sama yakni menaikkan sukan permotoran negara,” katanya.


Tidak seperti Todak Racing yang sebelum ini menumpukan perlumbaan sahaja, peranan Todak Motorsports lebih luas dengan melibatkan kepelbagaian sukan permotoran di bawah satu entiti.

Sumber Dari Niaga Times

2 views0 comments