Peminat minta MK-Clique ajar berenang gara-gara video tayang badan...
Penulis: Qarami Hashim
Tarikh: 7 April 2021
Sumber: MStar
Peminat minta MK-Clique ajar berengang gara-gara video tayang badan... ada juga 'bitter' imej tak selari jemaah tabligh.

TINDAKAN penyanyi kumpulan K-Clique, MK berkongsi foto dan video 'belanja' tubuh di lnstagram dilihat tidak selari dengan penyertaannya bersama kumpulan tabligh baru-baru.
Menjawab mengenai perkongsian itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, memberitahu dia masih orang yang sama dan hanya menjadi diri sendiri dilaman sosial.
"Pada saya nama 'MK' tu adalah satu produk... apa yang saya tunjukkan di media sosial itu adalah karakter sebenar saya. Yang mana saya lakukan untuk cari makan.
"ltulah identiti saya, sama seperti orang lain saya juga manusia biasa, senang kata apa yang orang tengok di lnstagram itulah diri saya yang sebenar.
"Lagipun penyertaan saya dalam kumpulan tabligh itupula bukan nak berubah 360 darjah, cuma nak mencari keseimbangan antara dunia dan akhirat katanya kepada mStar.

Peminat puji pembabitan MK dengan jemaah tabligh
Hasil tinjauan di lnstagram MK, perkongsian beberapa foto dan video tidak baju di kolam renang ternyata mengundang pelbagai reaksi peminat.
Kumpulan K-Clique ditemui semasa majlis kerjasama jenama Todak X K-Clique yang diadakan di Kotak Hitam Event Space di Setia Alam, Selangor pada Selasa.
Selain mempromosikan produk Todak,kumpulan ini juga akan bekerjasama dengan Todak Music dalam menerbitkan lagu baharu termasuklah penghasilan video muzik (MV) dijangka tahun ini.

Menyentuh mengenai pembabitannya bersama kumpulan tabligh, MK berkata dia akan meneruskan niat mengikuti pengajian bersama jemaah itu setiap bulan.
"Alhamdulillah ada nasihat dan dorongan untuk sentiasa ingat dengan pemberi rezeki, bukan berubah sepenuhnya tapi mencari k