top of page

"Kalau asyik nak fikir kata orang, tak boleh ke manalah' - Shiha Zikir

Sumber Dari Harian Metro

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penyampai radio, Shiha Zikir, 35, tidak ambil peduli segala kata-kata tidak berasas terhadap dirinya, termasuk yang mendakwa dia bersikap tamak dalam menerima apa saja tawaran yang datang.

Shiha ditemui pada sidang media virtual drama Ada Apa Dengan Saka lakonannya berkata, dia juga akan memilih tawaran yang sesuai dan mampu dilakukannya serta menafikan selesa mengaut semua untuk kepentingan diri.

"Setiap tawaran kerja yang datang itu, rezeki dan saya memang suka mencuba. Tapi, saya pilih juga mana yang sesuai dan mampu dilakukan serta tidaklah bolot semua.


"Saya tak akan terima (tawaran) jika rasa kurang selesa atau tidak yakin untuk memberikan yang terbaik. Saya sangat menghargai hasil kerja dibuat kerana ia dibayar dan amanah yang diberikan orang kepada saya," katanya.


Menurut Shiha, dia juga tidak menghiraukan kata-kata orang lain bukan kerana meninggi diri, tetapi kalau asyik fikirkan saja pasti tidak akan ke mana.


Ujarnya, mulut orang tidak boleh ditutup dan biarkan saja mereka.

"Kalau nak fikir apa kata orang terhadap saya, memang tak boleh nak ke manalah. Jadi, saya lebih senang biarkan saja dan buat apa yang saya suka. Pembabitan saya dalam kerjaya seni pun kerana minat dan bukan mudah sampai ke tahap sekarang.


"Dalam bidang lakonan ini pun, saya ada pengalaman yang tak 'best' juga. Saya pernah kena 'sound' dengan seorang pelakon senior yang ketika itu memang memalukan saya. Ikut hati nak menjawab juga, tapi saya sabar.

"Biarlah dia, kerana setiap orang ada pandangan masing-masing. Cuma, kalaulah saya masih bersikap panas baran macam dulu, memang boleh bergaduh. Namun, saya biarkan saja dia dan akhirnya kami jadi kawan baik," katanya.


Berganding dengan pelakon Syazwan Zulkifly buat kali pertama, Shiha berkata dia tidak sangka pelakon filem Juvana itu seorang yang kelakar dan boleh 'satu kepala' dengannya. Katanya, dia juga mulanya bimbang akan dimarahi Syazwan."Watak saya dalam drama Ada Apa Dengan Saka ini seorang yang serius. Tapi, pemahaman awal saya pada skrip sudah tersasar kerana ingatkan ia karekter komedi. Jadi, saya buatlah komedi dan kena ulang banyak kali."Melihat Syazwan yang macam serius, saya takut juga kena 'sound' lagi sebab dia pun dah lama berlakon. Tapi, Syazwan sangat okey dan dia tak ada masalah langsung apabila tengok saya kena buat babak sama berulang-ulang," katanya.Shiha berkata jika masih ada peluang bekerjasama dengan Syazwan dalam drama pada masa akan datang, dia tidak akan menolak. Sehubungan itu, drama Ada Apa Dengan Saka disiarkan di TV9 menerusi slot Diandra.

Sumber Dari Harian Metro

4 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page