“Jika Tidak, Mungkin MV AEWO Sudah Cec4h 1 Juta Pen0nton…,” Isu Views Lagu Shiha Zikir ‘Gha1b’,

Sumber Dari Media Kita

Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Ikmal Fareeq mengakui pihaknya ada mengutarakan pertanyaan kepada laman YouTube berkaitan ‘kehilangan’ bilangan penonton (views) terhadap muzik video (MV) artis naungan mereka, Shiha Zikir.


Terdahulu, muzik video terbaru penyanyi berkenaan, AEWO yang dilancarkan Ogos lalu mengalami kemerosoton ‘views’ yang sebelum ini meraih tontonan lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Bagaimanapun, jumlah tontonan terhadap MV AEWO ‘ghaib’ apabila jumlahnya merudum sehingga 170,000, berbanding catatan tertinggi 381,095 pada hari ke-5 ia ditayangkan.


Malah, sehingga hari ini, jumlah tonton masih tersangkut dan naik secara perlahan.

“Permasalahan ini telah disuarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas.


“Penonton ‘ghaib’ atau penurunan jumlah tontonan ini sukar untuk kami difahami. Jika ia sudah ditonton, bagaimana penurunan boleh berlaku?


“Adakah ini perkara normal atau ada sesuatu yang tidak kena?


“Tambah musykil, turun naik jumlah tontonan muzik video AEWO ini berlaku secara kerap. Setiap kali mencecah 300,000 tontonan sahaja, pasti berlaku penurunan yang banyak pada minggu yang sama.


“Rekod paling rendah adalah 170,000 penonton. Jika hal ini tidak berlaku kemungkinan besar muzik video AEWO sudah mencecah 1 juta penonton sekarang,” katanya.


Ujarnya Fareeq, proses menghasilkan muzik video AEWO menuntut perancangan teliti, membabitkan kreativiti secara berpasukan dan usaha yang bukan sedikit.


”TODAK Music, Shiha Zikir selaku penyanyi, penari latar dan seluruh tenaga produksi yang terbabit bertungkus-lumus dalam mengeluarkan idea bagi menghasilkan sebuah muzik video bertaraf antarabangsa.


“Kami ingin membuktikan bahawa industri kreatif di Malaysia tidak pernah ketinggalan, kita juga mampu mencipta karya setanding K-Pop yang mendominasi pasaran muzik global ketika ini.


“Oleh kerana usaha optimum yang dicurahkan inilah, kami berharap pihak YouTube dapat memberi penjelasan mengenai permasalahan yang berlaku, dengan harapan penonton AEWO dapat dikembalikan,” katanya lagi.

Sementara itu, Shiha Zikir turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut berhubung perkara ini.


Malah, insiden tersebut turut dikongsikan Shiha melalui akaun Instagram miliknya.Sehingga kini, MV berkenaan sudah pun mencecah hampir 350,000 penonton.


Sumber Dari Media Kita

3 views0 comments