top of page

IRAMA BUKAN HANYA SEKADAR LAGU

Sumber Dari Hai Selebriti Malaysia | 22.8.2021


Nama penyanyi tanah air Shiha Zikir, kini sudah mula dikenali di persada antarabangsa terutamanya di Los Angeles apabila baru-baru ini beliau berjaya memenangi anugerah Intercontinental Music Awards (ICMA) dalam kategori Pop Asia. Anugerah itu sekaligus membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu bersaing setaraf dengan penyanyi antarabangsa lain. Situasi pandemik Covid-19 bukan penghalang buat Shiha Zikir untuk terus aktif dalam industri muzik yang diminatinya. Terkini, Shiha Zikir telah bersedia untuk melancarkan lagu terbaharunya yang bertajuk ‘IRAMA‘ setelah hampir setahun beliau fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan. Lagu ‘IRAMA‘ ini merupakan hasil kolaborasi di antara dua label music iaitu Todak Music & Alternate Records & Talent. Lagu berentak catchy dan up to date ini merupakan sentuhan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves. Diinspirasikan oleh Pop Korea, rentak ini menjadi trend dan senang untuk didengar. Lagu ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang sangat menyukai seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya.



Menurut Shiha Zikir, “Setelah berkecimpung hampir 10 tahun di dalam industri hiburan, banyak yang Shiha pelajari secara tidak langsung mengasah bakat Shiha untuk lebih menyerlah. Antara yang Shiha sedang fokuskan ialah belajar untuk menjadi lebih mahir menyampaikan lagu dalam pelbagai genre. Shiha berharap dengan usaha ini dapat mengembangkan lagi bakat saya ke negara jiran seperti Korea, Thailand dan lain-lain lagi. IRAMA menjadi taruhan untuk Shiha walaupun masih dalam Bahasa Malaysia namun muziknya tidak seperti lagu-lagu biasa yang Shiha nyanyikan. Diharapkan semua peminat dapat menerima buah tangan terbaru dari Shiha ini.” Manakala menurut Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Encik Ikmal Fareeq juga mengalu-alukan kerjasama antara dua pihak bersama Alternate Records & Talents. “ Saya sangat teruja dengan kerjasama bersama Alternate Records & Talents, lebih lebih lagi apabila mereka kini baru saja melakukan penjenamaan semula dengan citarasa dan hala tuju yang seiring dengan Todak Music” Jalinan ini adalah sebagai satu langkah bagi mengembangkan dan merancakkan lagi karya muzik buat industri muzik tanahair terutama buat peminat Shiha Zikir. Menurut beliau, Todak Music bakal menerbitkan 5 buah lagu dan 1 album menjelang akhir tahun ini sekaligus meningkatkan peluang produktiviti penggiat seni terutama didalam keadaan pandemik ini. Lagu IRAMA edaran Alternate Records & Talents dan Todak Music telah dilancarkan di semua pelantar digital bermula jam 12:00 pagi pada 20 Ogos 2021 baru-baru ini

30 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page