top of page

FADH MAJID LANCAR SINGLE KETIKA PKP

Penyanyi baharu Fadh Majid dituduh tak sensitif - " Ada kerja terpaksa dilaksanakan, meskipun dalam situasi ini"


26 April 2020 - Sumber Dari Mstar





BAHARU sahaja ingin menapak dalam industri muzik, nampaknya penyanyi baharu Fadh Majid mula mendapat perhatian ekoran tindakkannya melancarkan single berjudul Bukan Takdirku ketika negara sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ada merasakan tindakannya itu sebagai tidak sensitif terhadap situasi semasa dan Fadh sepatutnya menunggu masa sesuai berbuat demikian.


Menjawab mengenai perkara itu, Fadh atau Muhammad Fadhlullah Abdul Majid memberitahu dia bukannya melakukan pelancaran secara besar-besaran sebaliknya hanya menerusi patform media sosial, Instagram dan Bigo.


"Kerana menghormati PKP saya mengambil keputusan lancarkan single baru saya di Instagram dan Bigo."


"Bukan tak sensitif tapi ada sesetengah kerja terpaksa dilaksanakan, meskipun dalam situasi getir seperti sekarang... tambahan pula pelancaran ini sudah lama dirancang jadi tak boleh tangguh", jelasnya.




Dalam pada itu, FAdh berkata, meskipun tidak dapat memby=uat majlis pelancaran seperti dibincang namun dia bertuah kerana masih boleh menggunakan pelbagai medium di laman sosial bagi mempromosikan lagunya itu.


"Sekarang adalah masa untuk kreatif dan gunakan apa sahaja sumber yang ada paling penting ia sampai kepada pendengar. Insya-Allah jika ada rezeki pasti saya akan buat majlis lebih sempurna selepas ini," katanya.


Menyedari situasi sekarang, Fadh juga menerima sekiranya Bukan Takdirku gagal mendapat perhatian pendengar namun dia masih belum berputus asa bagi memperkenalkan muziknya kepada peminat..


Bercakap mengenai lagu itu, Fadh yang menulis sepenuhnya lagu tersebut memberitahu ia mengisahkanmengenai percintaan yang terputus di tengah jalan.


"Biasanya apabila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia dizahirkan dengan perasaan benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan sebagai takdir Allah yang harus diterima dengan hati terbuka."


"Bapa selalu berpesan, jagan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kecundang dalam percintaan. Jauhi perasaan dendam dalam hati. Seharusnya pemergian insan yang dikasihi mungkin Allah menjanjikan sesuatu lebih baik dalam kehidupan akan datang" katanya.


6 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page