Dina Nasz 'Tiru' Iman Troye?

SUMBER: Utusan Sarawak (8 Nov. 2022)

KONSEP muzik video (MV) single seorang penyanyi baharu iaitu Dina Nasz meng-

undang kontroversi gara-gara memiliki banyak persamaan dengan penyanyi terkenal Iman Troye.


Lagu CITA yang merupakan ciptaan komposer baharu, KIDD. Ia diciptakan secara eksklusif dan disesuaikan dengan personaliti Dina.


Selain berkongsi poster yang seakan sama, keseluruhan konsep muzik video ini juga sama. Muzik video ini menggunakan elemen warna yang sama, pemakaian baju dan tarian yang juga hampir sama. Mengulas kepada isu ini, tenaga produksi Todak Music berkata bahawa mereka tidak berniat untuk meniru konsep penyanyi tersebut. Namun banyak menggunakan muzik video K-Pop sebagai rujukan.


Tambahan pula, genre dua lagu tersebut amat berlainan, selain genre utama Dina Nasz adalah balada dan jaz. Todak Music amat berharap bahawa Cita akan mendapat tempat dihati semua pendengar dan peminat. Dina Nasz merupakan artis baru naungan Todak Music setelah dinobatkan sebagai pemenang daripada program Open Stage Muzik Muzik 35 pada 2020 lalu.


Namun, disebabkan wabak pandemik yang melanda seluruh dunia, kini barulah Dina Nasz dapat mengeluarkan single pertamanya tahun ini berjudul CITA mengisahkan tentang seorang wanita dicurangi oleh teman lelakinya. Lagu ini boleh didengarkan di semua platform digital.

 

Todak Music amat berharap bahawa Cita akan mendapat tempat dihati semua

pendengar dan peminat. Dina Nasz merupakan artis baru naungan Todak Music setelah dinobatkan sebagai pemenang daripada program Open Stage Muzik Muzik 35 pada 2020 lalu.



Tonton video penuh lagu "Cita" di Youtube:https://www.youtube.com/watch?v=jxMOpg74ZnA

3 views0 comments