top of page

Dina Nasz Membisu Selepas Didakwa Tiru Video Muzik Lagu Teman Milik Iman Troye

Sumber: Boom

Penulis: Deegun Rahman


Konsep video muzik (MV) single pendatang baharu iaitu Dina Nasz mengundang kontroversi gara-gara memiliki banyak persamaan dengan klip Teman nyanyian penyanyi terkenal, Iman Troye.


Lagu Cita yang merupakan nukilan komposer baharu, Kidd diciptakan khas bersesuaian dengan personaliti Dina.



Muzik video bagi lagu baharu Dina Nasz.


Selain berkongsi poster yang seakan-akan sama, keseluruhan konsep video muzik tersebut juga hampir serupa termasuklah dari aspek warna, pemakaian kostum dan tarian.


Mengulas isu yang timbul, Todak Music selaku label bertanggungjawab bagaimanapun dilihat berdiam diri tanpa menyuarakan sebarang maklum balas atau reaksi bagi menjawab pertikaian tersebut.


Poster lagu baharu Dina Nasz yang konsepnya seakan-akan konsep Iman Troye.


Dina merupakan artis naungan Todak Music setelah dinobatkan sebagai pemenang program Open Stage Muzik Muzik 35 yang dianjurkan pada 2020.


Namun disebabkan pandemik, baru kini dia dapat mengeluarkan single pertamanya yang mengisahkan tentang seorang wanita dicurangi oleh teman lelakinya. – BOOM!


Tonton video penuh lagu "Cita" di Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=jxMOpg74ZnA

17 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page