top of page

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN DIANTARA TODAKMUSIC X WARNER MUSIC MALAYSIA

Updated: May 24, 2021

22 Februari 2021 (Isnin)


Kuala Lumpur: Todak Music dan Warner Music melakar dua sejarah penting hari ini. Kejayaan pertama dilakar menerusi penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman secara atas talian atau virtual/maya yang mengetengahkan format hibrid baharu. Penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman dan sidang media secara atas talian itu adalah sejajar dengan gaya hidup norma baharu di dalam memutuskan rantaian COVID-19 yang telah merencatkan kebanyakkan sektor termasuk pengurusan acara. Bagaimanapun, tanpa disedari ia sebenarnya telah mencungkil keupayaan individu untuk lebih berdaya kreatif melalui penggunaan platform atas talian.


Kejayaan kedua adalah kolaborasi yang dijalinkan bersama Warner Music Malaysia di dalam pengedaran lagu ke semua platform penstriman. Kerjasama yang baik ini dijangka dapat membantu dalam mempromosikan lagu yang dikeluarkan dengan lebih efektif serta meluas.


Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, En.Ikmal Fareeq berkata, kolaborasi bersama Warner Music Malaysia diharap bakal melahirkan produk yang terbaik bagi pasaran industri hiburan tanahair mahupun luar negara.


“Program ini diadakan bagi mengumumkan secara rasminya kerjasama di antara dua buah syarikat yang telah terjalin sejak tahun lalu. Kerjasama ini membabitkan promosi, produk dan juga kutipan royalti bagi artis naungan Todak Music.


“Ini juga bakal menjadi penanda aras untuk kami melahirkan produk yang terbaik. Malah kami juga amat berbangga apabila menerima Anugerah Made For The World 2020 bagi kategori Music Publishing oleh Niaga Times baru-baru ini,” kata Ikmal.


Sementara itu, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Encik Darren Choy pula, pihaknya berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan Todak Music dan berharap agar kerjasama yang baik ini dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia.





15 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page