Wow! Todak Music & Warner Music Cipta Sejarah Baharu Industri Muzik

SUMBER: Murai.my (3 March 2021) PENULIS: Khai Azfar

Jenama Todak Music dan Warner Music dalam industri muzik tidak perlu diperkenalkan lagi. Manakan tidak, kedua-duanya telah membantu ramai penyanyi dalam mempromosikan lagu-lagu yang dikeluarkan oleh mereka.


Jalin Kerjasama


Terbaru, Todak Music dan Warner Music telah melakar dua sejarah penting. Kejayaan pertama dilakar menerusi penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman secara atas talian atau virtual(maya) yang mengetengahkan format hibrid baharu.


Penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman dan sidang media secara atas talian itu adalah sejajar dengan gaya hidup norma baharu di dalam memutuskan rantaian COVID-19 yang telah merencatkan kebanyakkan sektor termasuk pengurusan acara.

Kejayaan kedua adalah kolaborasi yang dijalinkan bersama Warner Music Malaysia di dalam pengedaran lagu ke semua platform penstriman. Kerjasama ini dijangka dapat membantu dalam mempromosikan lagu yang dikeluarkan dengan lebih efektif serta meluas.

“Program ini diadakan bagi mengumumkan secara rasminya kerjasama di antara dua buah syarikat yang telah terjalin sejak tahun lalu. Kerjasama ini membabitkan promosi, produk dan juga kutipan royalti bagi artis naungan Todak Music. “Ini juga bakal menjadi penanda aras untuk kami melahirkan produk yang terbaik. Malah kami juga amat berbangga apabila menerima Anugerah Made For The World 2020 bagi kategori Music Publishing oleh Niaga Times baru-baru ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music,Ikmal Fareeq Kembalikan Era Kegemilangan

Sementara itu, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy pula, pihaknya berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan Todak Music dan berharap agar kerjasama yang baik ini dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia.

“Usaha yang dilakukan Warner Music dan Todak ini, adalah sebahagian inisiatif menyelamatkan industri muzik di Malaysia, sekali gus memastikan ia terus berkembang pesat.


“Fokus kami antaranya untuk mencungkil bakat-bakat baharu lengkap kualiti dan pakej yang baik, untuk diketengahkan ke persada muzik antarabangsa,” katanya kepada media.


Sekadar info, Todak Music yang ditubuhkan pada tahun 2019 beroperasi sebagai sebuah syarikat rakaman, studio tarian, muzik dan pengurusan bakat.


Antara artis yang bernaung di bawah Todak Music ialah Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak A’ai dan Dina Nasz.

6 views0 comments