top of page

Todak lancar sesi 'Live FB' Todak Revival

Tarikh: 30 Mac 2022

Sumber: Berita Harian Online


Pengasas Todak, Khairul Azlan Ariffin.


KUALA LUMPUR: Seiring dengan peralihan pandemik Covid-19 kepada fasa endemik di negara ini, jenama gaya hidup yang meliputi pelbagai peringkat umur, Todak mempelawa semua untuk menyaksikan 'keynote' Todak yang pertama, Todak Revival: Futureverse Keynote.


Ia adalah sebuah showcase yang bakal mencetuskan revolusi teknologi gaming dan streaming yang baru.


Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, sesi itu bakal dipancarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi mereka pada 31 Mac ini jam 9.00 malam dan akan disampaikan oleh Pengasasnya, Khairul Azlan Ariffin.


Menerusi Todak Revival, katanya, penonton antara lain akan sama-sama dapat mengetahui apa produk terbaharu dari Todak, pengenalan kepada entiti sedia ada serta pengumuman penting yang akan didedahkan.


"Ini adalah satu inisiatif jenama ini untuk berkongsi secara menyeluruh mengenai pencapaian dan perancangan masa hadapan jenama Todak selain memperkenalkan kepada semua mengenai produk produk yang telah dan bakal dilancarkan oleh kami.


"Kami juga percaya yang produk-produk ini dapat membantu semua mengharungi kehidupan tatkala negara kita berubah ke fasa endemik terutamanya mereka yang bekerja" ujarnya.


Berbekalkan tagline 'langgar', Siri Kerusi Alpha Todak iaitu kerusi 'gaming' berkualiti dilihat sesuai dengan situasi work from home (WFH) yang ketika ini cenderung dipraktikkan kebanyakan majikan dan pekerja.


"Lebih menarik, Todak juga bakal mengeluarkan beberapa lagi produk lain yang akan membantu untuk menyediakan ruangan kerja ataupun sesi bermain game yang lebih kondusif," katanya.


Todak Revival: Futureverse Keynote boleh ditonton secara langsung di laman facebook @todakofficial dan boleh layari laman live rasmi di https://fb.me/e/2WgCQGa57.


Ditubuhkan pada 2017, Todak kini memiliki lima entiti utama yang berpusat di Cyberjaya dan Setia Alam iaitu Todak Culture, Todak Studios, Todak Fusion, Todak Academy dan Todak Pay, yang menyediakan servis yang berbeza. Bagaimanapun, ia memiliki satu objektif iaitu untuk memiliki satu ekosistem bagi memberikan servis yang lengkap kepada pengguna.


Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Todak Fusion https://www.todakfusion.com/

10 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page