Taktik Kacak Razak A’Ai Menerusi ‘Radio’

Sumber Dari Music Addicts

Setelah dikenali menerusi single Aku Setia, Penyanyi Razak A’ai yang berasal dari Kuching, Sarawak kini tampil semula dengan single terbaru beliau berjudul Radio.


Istimewanya lagi, lagu Radio ini mendapat sentuhan adunan dan mastering daripada mastering engineer terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Randy Merrill (Sterling Sound) yang tidak asing lagi dalam industri hiburan antarabangsa di mana hasil kerja mereka mendapat kepercayaan artis-artis antarabangsa seperti Bruno Mars, Taylor Swift, John Mayer, Nick Jonas, Paul McCartney dan ramai lagi. Ia juga merupakan salah satu inisiatif Todak Music untuk lebih bergiat aktif dalam mencari sentuhan yang mampu memberi kualiti setaraf dengan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia.


Pendapat penulis? Radio memberi nafas dan imej baharu di dalam kepelbagaian potensi diri Razak A’Ai sekaligus membuktikan bahawa beliau mampu untuk menghasilkan karya yang lain daripada kebiasaan. Jika sebelum ini single Aku Setia membawakan genre balada, kali ini beliau membuat satu perubahan besar dengan nuansa pop yang sangat catchy dan mesra radio.


Tentang lirik pula, easy listening dan mampu membuatkan kalian menghentak kaki dan sing along sepanjang lagu ini berjalan. Menurut beliau, Lagu Radio ini berkisar mengenai penyampaian rasa kasih, sayang dan rindu kepada seseorang melalui lagu yang dimainkan di corong radio. Sejujurnya, penulis ingin lagu ini berada di radio tempatan dan menjadi morning anthem kerana sentuhan Funk/ Pop yang ditampilkan juga bukan biasa-biasa dan mampu membawa impak positif. Lihat sahaja video beliau mempersembahkan lagu ini dalam versi akustik di bawah.


Bakat Razak A’ai tidak hanya tertumpu dalam bidang nyanyian sahaja. Beliau juga secara aktif menghasilkan lagu serta menulis lirik dan musim pandemik ini tidak menghalang beliau untuk terus berkarya dalam menghasilkan lagu yang berkualiti. Bukan itu sahaja, beliau turut meraih pencapaian yang membanggakan apabila baru-baru ini dicalonkan dalam Intercontinental Music Awards (ICMA) untuk kategori Best Production dan Asian R&B & Soul membuktikan bahawa beliau juga mampu bersaing di persada antarabangsa setaraf dengan penggiat seni di luar sana.


Menurut Haziq selaku wakil dari Todak Music:

“Razak A’Ai ni kitorang tengok dari busking je sebenarnya dan dari situ kitorang nampak potensi beliau sebagai seorang penyanyi yang bukan sahaja versatil namun boleh pergi jauh, lagi-lagi boleh buat lagu sendiri pula so memang tiada masalah di situ dan kitorang nak bawa dia dalam industri muzik tanah air dan menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai di masa hadapan.”

Menurut Razak A’ai, beliau berharap agar single terbaru ini mendapat sambutan dan menjadi pilihan para peminat muzik tempatan serta negara jiran seperti Indonesia dan Brunei. Taruhan ini juga telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ikmal Fareeq yang turut mempunyai harapan yang besar ke atas single ini. Menurut Encik Ikmal:


“Selain pengalaman yang ditimba Razak A’ai dari pencalonan beliau di Intercontinental Music Awards, single ini juga mempunyai keunikan tersendiri di mana kolaborasi bersama Sterling Sound juga diharapkan dapat memberi impak yang positif dan berkualiti di dalam penerbitan lagu ciptaan Razak A’ai ini.”

Sejujurnya, penulis ingin melihat beliau mengorak langkah lebih jauh bagi memastikan jenama Razak A’Ai mendapat tempat di hati peminat dan dikenali di serata dunia kerana potensi beliau di sini bukan sekadar main-main. Beliau juga masih muda dan banyak lagi perkara yang boleh diteroka sepanjang berkarya.


Tahniah diucapkan buat Razak A’Ai dan Todak Music atas pelancaran single ini. Semoga lagu ini mendapat tempat yang sepatutnya di persada muzik tanah air mahupun di serata dunia. Radio telah dilancarkan di semua pelantar digital bermula 19 September 2021 berserta lirik video rasmi di Youtube Todak Music. Adios!!!

Sumber Dari Music Addicts

1 view0 comments