Shiha Zikir menangis 'dipetik' Pak Nil

Sumber Dari Harian Metro

Kuala Lumpur : "Saya menangis."

Itu kata penyanyi, pelakon dan pengacara, Shiha Zikir yang terharu apabila bekas pengacara Akademi Fantasia (AF), Datuk Aznil Nawawi menyebut namanya ketika ditanya pengacara program MeleTop, Nabil Ahmad mengenai siapakah peserta AF yang berjaya hari ini.

"Dulu, kini dan selamanya tetap biasa-biasa dan terus merendah diri macam Pak Nil (Aznil) juga. Insya-Allah," tulis Shiha dalam satu hantaran di Instagram.


Dalam program MeleTop yang bersiaran baru-baru ini, Nabil bertanya kepada Aznil siapakah pelajar yang 'biasa-biasa' ketika di AF tetapi berjaya mencipta nama hari ini.


Aznil kemudiannya menjawab soalan itu dengan gayanya ketika mengacarakan program realiti itu suatu ketika dahulu diiringi dengan iringan muzik sentimental.


"Okay, Pak Nil kembalikan kenangan dan Pak Nil akan sebut nama orang itu. Kita dah bersama dengan semua calon-calon bintang atau pelajar Akademi Fantasia musim ini. Tetapi dalam Konsert Prelude ini, ada pelajar yang disangkakan akan menjadi bintang dan pelajar di Akademi Fantasia, tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Beliau tersingkir di Konsert Prelude Akademi Fantasia musim ketiga. Shiha Zikir," kata Aznil.


Shiha adalah antara peserta AF yang kecundang di Konsert Prelude AF3 dan tidak berjaya mara dalam kelompok 12 pelajar yang layak meneruskan program itu.

AF3 seterusnya menyaksikan beberapa bakat yang digilap dan berjaya mencipta nama sehingga ke hari ini antaranya Mawi, Hazama, Akim Ahmad, Marsha Milan dan Amylea Azizan.

Sumber Dari Harian Metro

2 views0 comments