top of page

Razak A’ai Pertaruh Nang Takdir kita

Sumber: Utusan Sarawak

Tarikh: 31 Oktober 2022



RAZAK A'ai atau nama sebenar Abdul Razak Abdul Hadi, 27, komposer dan penyanyi kelahiran Kuching yang sedang giat membina nama dalam industri seni dan hiburan tanah air kembali lagi dengan lagu keluaran terbaharu ciptaannya

untuk semua pendengar dan peminatnya khususnya di Sarawak.


'Nang Takdir Kita' tampil dengan keunikan tersendiri berbanding lagu lain kerana menggunakan dialek Sarawak sepenuhnya.


Menyentuh tentang isu ini, penyanyi tersebut berkata bahawa lagu ini dicipta untuk menghargai lokaliti setempat dimana beliau dilahirkan dan dibesarkan.


Razak menambah, beliau mahu peminat dan pendengar di seluruh negara mengetahui bahawa beliau berasal dari Bumi Kenyalang yang kaya dengan pelbagai etnik dan tarikan budaya.



Lagu ini mengisahkan tentang pasangan jarak jauh yang mana seorang kekasih yang tinggal di Kuala Lumpur dan pasangannya yang berada di Kuching, Sarawak.


Walaupun dipisahkan dengan jarak, mereka sanggup berkorban untuk bertemu sesama mereka. Lagu ini membawa pelbagai elemen termasuk menggabungkan hubungan dua etnik.


Tonton lirik video 'Nang Takdir Kita' di Youtube https://www.youtube.com/watch?v=7LXjIHMVM7U

19 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page