top of page

TODAK X K-CLIQUE MOU SIGNING CEREMONY

Sejarah baru tercipta apabila kumpulan popular, K-Clique, kini menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan yang semakin meningkat naik iaitu Todak.


K-Clique, kumpulan hip hop Malaysia yang dianggotai oleh lapan orang anak muda dari Kota Kinabalu Sabah ini telah ditubuhkan sejak dari tahun 2014. Namun mereka mula mendapat perhatian meluas pencinta muzik tanah air melalui single keenam yang berjudul Mimpi.



Fenomena luar biasa yang dicetuskan kumpulan ini telah menarik minat Todak untuk menjalinkan kerjasama bersama kumpulan yang dianggotai oleh MK, Noki, Tuju, SoMean, K-Deaf, FareedPF, G-Nello dan NastyNas ini.


Kolaborasi di antara Todak dan K-Clique ini merupakan satu inisiatif baru dalam mempromosikan produk Todak di dalam arena muzik tempatan.


Jenama Todak menaungi beberapa anak syarikat yang memberi fokus yang berlainan seperti Todak Culture (Produk), Todak Studios (Pembangunan Permainan), Todak Fusion (Hiburan dan Pengurusan Acara) dan Todak Academy (Pembelajaran Kontemporari).


Todak juga aktif di dalam membangunkan komuniti-komuniti di Malaysia seperti komuniti sukan permotoran, sukan ekstrem, E-sukan, Kereta RC, berbasikal dan sebagainya.


Menurut pengasas Todak Encik Khairul Azlan, impak yang diberikan oleh K-Clique terhadap industri muzik tempatan merupakan satu fenomena dan berharap kerjasama yang terjalin diantara mereka akan menjadi kebanggaan bersama kelak.


“Melalui pemerhatian yang rapi, kami lihat K-Clique dan Todak memiliki sinergi yang kuat dan ia membuatkan usaha dan kerjasama ini sangat sepadan.



Besar harapan kami agar kerjasama dan persefahaman yang dimiliki pada hari ini dapat menjadi batu loncatan bagi kedua-dua jenama untuk terus maju ke hadapan”, ujarnya.

Tambah Khairul Azlan lagi, dia melihat imej kumpulan K-Clique mempunyai keserasian dengan produk-produk dari Todak.Ini bakal dirasai oleh oleh peminat Todak terutama dari penggemar ‘Streetwear’ apabila Todak bakal melancarkan butik cawangannya di SS15 Subang Jaya tidak lama lagi.


Selain mempromosikan produk Todak, K-Clique juga akan bekerjasama dengan Todak Music dalam menerbitkan lagu terbaru untuk tahun ini termasuklah penghasilan muzik video.


“Pembikinan lagu dan muzik video ini seiring dengan revolusi yang ingin dibawa oleh Todak menerusi kepelbagaian platfom penstriman digital.Ini bakal dilihat melalui gabungan kolaborasi idea kreatif dari kedua pihak dalam membawa impak besar kepada industri penjenamaan produk tempatan sekaligus membawa jenama Todak ke peringkat global dengan lebih efektif.Kita dah melalui pelbagai perbincangan sejak dari tahun lepas namun terhenti akibat dari kesan Pandemik Covid -19. Kita mensasarkan suku ketiga ( July 2021 ) tahun ini bakal membawa fenomena baru buat peminat Todak dan juga K- Clique” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, Ikmal Fareeq.


Todak juga berhasrat dengan ikatan persefahaman ini dapat meluaskan lagi penguasaan kedua-dua jenama ini agar berada di peringkat yang lebih tinggi dan kawasan jajahan kedua-dua jenama lebih berkembang.



20 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page