top of page

Konsert Todak Music & Friends 2022, Revolusi Industri Muzik Malaysia

FusionJournal

Updated: Oct 8, 2024

Sumber daripada NoKomen | February 7, 2022



Buat julung kalinya, terbaharu Todak Music melalui syarikat induknya Todak Fusion Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah Konsert Todak Music & Friends pada 5 Februari 2022 di PJ Pac, Petaling Jaya.


Konsert Todak Music & Friends memberi kelainan melalui tema Revolusi industri muzik tanahair yang mengenengahkan perubahan revolusi industri muzik di Malaysia sepanjang zaman melalui penglibatan barisan artis berlainan ‘genre’ iaitu Shiha Zikir, Fahd Majid, Razak A’ai, Dina Nasz, Kay Khydir, Gerhana Ska Cinta, Muzza, Bunga Isme & Luqman Podolski, No Noise Percussion.



“Sejajar dengan misi Todak Music, pada penganjuran konsert kali ini penonton akan dihidangkan dengan persembahan oleh artis-artis terlibat di samping persembahan visual melalui segmen-segmen era muzik tanahair yang paling unik, penonton bakal dipersembahkan dengan kepelbagian genre muzik yang berbeza termasuk tradisional.” ujar En. Ikmal Fareeq, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion Sdn Bhd ketika majlis sidang media.


Penganjuran konsert ini adalah salah satu langkah bagi memberi pendedahan semula setelah sekian lama menyepi dek kerana sekatan pandemik Covid-19 khususnya kepada penggiat seni, tenaga kreatif, tenaga produksi, penerbit dan barisan artis itu sendiri agar kembali aktif berkarya serta berhubung bersama penonton secara norma-baharu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.


Ini juga bagi memberi keseimbangan semula kepada penerbitan kandungan melalui platform digital dan juga melalui persembahan secara langsung dan sedikit sebanyak memberi nafas semula kepada ‘live events’.


Konsert Todak Music & Friends dijayakan bersama penaja strategik kami, Profitto Bussiness Solution Sdn Bhd, disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui My Creative Ventures dan Penjana ini diadakan secara tertutup hanya melalui jemputan khas sahaja secara percuma menempatkan kapasiti tidak melebihi 316 orang.


Tambah En Ikmal Fareeq, “Pihak kami amat komited dalam membawa perubahan di dalam industri muzik tanah air. Setelah hampir 2 tahun industri muzik tanah air bergelut bagi meneruskan kelangsungan hidup berikutan wabak pandemik Covid-19, telah tiba masanya bagi semua pihak untuk bekeriasama bagi memeriahkan kemball industri seni tanahair”.


Melalui syarikat Todak Fusion Sdn Bhd yang juga bertindak selaku Pengarah Persembahan bagi konsert Todak Music & Friends berharap agar penganjuran konsert ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya barisan artis yang terlibat, tenaga kerja belakang tabir dan juga memberi inspirasi kepada barisan penerbit di luar sana untuk terus melahirkan kepelbagian acara seni.


 
 
 

Comments


COPYRIGHT BY TODAK FUSION SDN BHD 2024 ©   ALL RIGHTS RESERVED

bottom of page