top of page

Bukan Biasa-Biasa Ni, K-Clique Dilamar Syarikat Muzik Tempatan

Updated: Jun 1, 2021

6 April 2021 | Sumber Dari Era


Kumpulan hip hop popular, K-Clique melakar sejarah apabila menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan kian meningkat naik, Todak.




K-Clique, kumpulan hip hop Malaysia ditubuhkan sejak tahun 2014 dianggotai MK, Noki, Tuju, SoMean, K-Deaf, FareedPF, GNello dan NastyNas.

Kesemua anak muda berasal dari Kota Kinabalu ini mula menarik perhatian pencinta muzik tanah air melalui single keenam mereka berjudul Mimpi.



Fenomena luar biasa kumpulan ini membuatkan Todak timbul minat untuk bekerjasama bersama mereka bagi melonjakkan lagi nama K-Clique dalam industri muzik tempatan malahan luar negara.

“Impak yang diberikan oleh K-Clique terhadap muzik tempatan merupakan satu fenomena dan berharap kerjasama yang terjalin di antara mereka akan menjadi kebanggaan bersama kelak.



“Melalui pemerhatian yang rapi, kami lihat K-Clique dan Todak memiliki sinergi yang kuat dan ia membuatkan usaha dan kerjasama ini sangat sepadan,” ujar pengasas Todak, Khairul Azlan.

Malah, K-Clique juga akan bekerjasama dengan Todak Music bagi penerbitan lagu terbaru sepanjang tahun ini termasuklah penghasilan muzik video.















Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, Ikmal Fareeq, pembikinan lagu dan muzik video ini seiring dengan revolusi yang ingin dibawa oleh Todak menerusi kepelbagaian platfom penstriman digital.

Ini bakal dilihat melalui gabungan kolaborasi idea kreatif dari kedua pihak dalam membawa impak besar kepada industri penjenamaan produk tempatan sekaligus membawa jenama Todak ke peringkat global dengan lebih efektif.

“Kita dah melalui pelbagai perbincangan sejak dari tahun lepas namun terhenti akibat dari kesan Pandemik Covid -19. Kita mensasarkan suku ketiga ( July 2021 ) tahun ini bakal membawa fenomena baru buat peminat Todak dan juga K- Clique,” katanya.



Kedua-dua belah pihak berhasrat dengan ikatan persefahaman ini, sedikit sebanyak dapat mengukuhkan dan melonjakkan lagi nama mereka di peringkat yang paling tinggi.


Tahniah K-Clique!

8 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page