Sumber Dari Hijabista
Baru-baru ini peminat industri hiburan tanah air digemparkan dengan kehadiran pendatang baharu Dina Nasz yang mewarnai bidang nyanyian negara.
Malangnya, kehadiran Dina atau Nur Addina Mohd Nasron, 20, disalah tafsir apabila ada antara netizen berpendapat, konsep lagu dan genre single pertamanya berjudul ‘Cita’ saling tak tumpah seperti konsep dan lagu nyanyian Iman Troye.
Dina Punya Identiti Tersendiri
Sumber Gambar: Instagram Dina Nasz
Respon terhadap isu yang dibangkitkan ini, wakil Todak Music, Balqis Zairul Niizam menegaskan bahawa Dina mempunyai identitinya yang tersendiri, sekaligus menolak dakwaan bahawa dia meniru Iman Troye.
Balqis berkata, tiada sebarang persamaan yang dapat dilihat menerusi genre lagu yang dibawakan oleh Dina dan Iman Troye. Jelasnya lagi, "Cita" memfokuskan genre balada dan jazz.
"Cita mengetengahkan genre balada dan jazz, berbeza dengan penyanyi lain", ujarnya.
LAGU BERKONSEPKAN K-POP
Selain itu, Balqis turut memberi penekanan bahawa tiada timbul sebarang isu peniruan konsep disini, kerana setiap lagu mempunyai konsep dan kreativiti masing-masing untuk dipersembahkan kepada peminat.
“Tidak timbul isu meniru pun, kerana muzik video lagu Cita adalah terinspirasi dari muzik K-pop,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen di muzik video rasmi Cita naungan Todak music, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan jika muzik video berkenaan mempunyai persamaan dengan Lagu Teman nyanyian Iman Troye atau sekadar kebetulan.
Ini demikian kerana, lagu Cita menggunakan elemen warna, pemakaian serta gerak tari yang hampir serupa dengan lagu tersebut.
‘Sebagai rekod, Dina adalah juara program Open Stage Muzik-Muzik 35 pada 2020, kini beliau merupakan artis baharu naungan Todak Music. Akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, Dina baru berkesempatan melancarkan single pertamanya baru-baru ini.
Lagu Cita dendangan Dina Nasz ini, mengisahkan berkenaan seorang perempuan yang mempunyai teman lelaki gemar bermain kayu tiga dibelakangnya.
Tonton video penuh lagu "Cita" di Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=jxMOpg74ZnA
Comentarios