





Cikgu Thiya, anak hartawan yang memilih dunia pendidikan berbanding kemewahan. Tanggungjawab mengurus kutipan dana sekolah mempertemukannya dengan Tengku Faal, pewaris syarikat hartanah yang keras kepala. Saat cinta mula berputik, kemunculan semula bekas kekasih menggugat kepercayaan. Di tengah harapan keluarga dan prinsip diri, mampukah Thiya memilih jalan hidupnya sendiri?
​
Kembali Mencintai ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Zaharizan Abd Mubin. Drama ini dibintangi oleh Wafariena Roslan, Ikhram Juhari, Sera Melissa dan Habeeb Rasely.

.jpg)
TEASER EVERY EPISODE

Kembali Mencintai : EP1
​
Di sekolah Thiya membantu Cikgu Faridah mendapatkan dana pembinaan dewan sekolah melalui alumni.

Kembali Mencintai : EP4
​
Tan Sri Thaqif menyuarakan hasrat mahu menjodohkan Thiya dengan Tengku Faal. Mona pula terus mengejar Tengku Faal sehingga menimbulkan kemarahannya.

Kembali Mencintai : EP7
​
Thiya terkejut dengan keputusan ibu dan bapanya yang mahu dia bertunang dengan Tengku Faal secepat mungkin. Tengku Fareha dan Tengku Harith pasti hanya Thiya yang boleh mengubah Tengku Faal.

Kembali Mencintai : EP10
​
Tengku Faal ternampak Thiya dan Firas sedang berbual di taman, lalu dia mendekati mereka dan memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami Thiya. Tengku Faal kemudian menghadiahkan sebentuk cincin kepada Thiya.

Kembali Mencintai : EP13
​
Rakan sekerja Thiya mengucapkan tahniah atas pertunangannya dengan Tengku Faal. Thiya dan Faal mula berbincang tentang persiapan perkahwinan mereka. Di sekolah, Cikgu Firas mencadangkan program baharu untuk Kelab Bahasa Inggeris.

Kembali Mencintai : EP16
​
Thiya kecewa melihat Tengku Faal bersama Mona, lalu dia dan Salma ke Cameron Highlands untuk menenangkan diri. Dalam pencariannya, Tengku Faal terlibat kemalangan dan dimasukkan ke hospital. Sementara itu, Salma dipinang dan merancang majlis perkahwinannya pada bulan Disember.

Kembali Mencintai : EP19
​
Thiya dan Tengku Faal berjoging bersama dan terserempak dengan Firas. Situasi menjadi tegang apabila Firas hampir melanggar seorang kanak-kanak. Keluarga Tengku Faal berkunjung datang ke rumah Tengku Faal dan Thiya.

Kembali Mencintai : EP22
​
Thiya memikirkan keluarga Tengku Firial. Thiya berasa sangat sedih dan Tengku Faal cuba menenangkan Thiya. Hubungan Firas dan Tengku Faal semakin baik. Tengku Faal mendapat projek untuk mereka bentuk semula rumah rehat keluarga Firas. Thiya berasa rimas dengan Firas yang kerap muncul semasa dia bersama Tengku Faal.

Kembali Mencintai : EP25
​
Ayah Thiya memberitahu Thiya tentang pesanan teks pelik yang diterimanya. Thiya dan Tengku Faal akhirnya bercerai. Thiya memulakan tugas barunya sebagai guru di sebuah sekolah di Sarawak. Tengku Faal akhirnya memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya. Thiya memberitahu Salma bahawa dia mengandung dan ini membuatkan Salma terkejut dan berasa sangat gembira.

Kembali Mencintai : EP2
​
Tengku Faal melawat projek di sekolah tempat Thiya mengajar, sementara ibunya Tengku Fareha mahu menjadikan Thiya calon menantu. Mona pula terus mengganggu Faal walaupun tidak disukai Tengku Fareha.

Kembali Mencintai : EP5
​
Tengku Fareha mengadakan majlis kesyukuran sempena ulang tahun kelahirannya dan menjemput guru-guru serta kenalan-kenalan rapatnya. Thiya dan Salma hadir, namun Thiya sukar mempercayai perubahan sikap Tengku Faal.

Kembali Mencintai : EP8
​
Tengku Fareha memarahi Mona yang terdesak ingin bertemu Tengku Faal sehingga sanggup datang ke rumahnya. Tengku Faal memasak dengan penuh kasih sayang menu istimewa untuk Thiya.

Kembali Mencintai : EP11
​
Salma menceritakan tentang kakaknya Sarah yang bercerai kerana taklik tambahan, membuatkan Thiya terkejut. Thiya masih keliru memikirkan antara Firas dan Tengku Faal, namun akhirnya memilih Tengku Faal. Sementara itu Firas terus berusaha untuk menghalang hubungan mereka.

Kembali Mencintai : EP14
​
Tengku Faal merajuk dan tidak membalas mesej Thiya, membuatkan Thiya membatalkan lawatannya ke Lumut. Tengku Faal datang ke rumah Thiya untuk meminta maaf dan membawa Thiya dan Salma ke Lumut. Keluarga mereka gembira melihat kedatangan Salma, Thiya dan Tengku Faal.

Kembali Mencintai : EP17
​
Tengku Faal menjemput Thiya di sekolah. dan kebetulan Firas turut berada di situ. Tengku Faal risau kerana Firas sering mengganggu Thiya. Thiya pula memberitahu Cikgu Faridah dia ingin berpindah ke sekolah lain. Thiya memujuk Salma dengan membawanya pulang ke Lumut berjumpa keluarga Salma. Tengku Faal, Thiya dan Salma pulang ke Kuala Lumpur untuk majlis perkahwinan Tengku Faal dan Thiya.

Kembali Mencintai : EP20
​
Tengku Faal ke Johor untuk melihat tapak projek syarikatnya. Semasa ketiadaannya, Thiya pengsan di sekolah lalu Firas menghantar Thiya ke hospital. Tengku Faal berpatah balik dan terus ke hospital. Bagaimanakah keadaan Thiya?

Kembali Mencintai : EP23
​
Thiya cemburu melihat kemesraan Tengku Faal dan rakan sekerjanya, Juita. Salma pula akan berkahwin. Rupa-rupanya Juita dan Firas merancang untuk memisahkan Tengku Faal dan Thiya. Salma risau akan hubungan Tengku Faal dan Thiya.

Kembali Mencintai : EP26
​
Thiya mengidam sup ayam dan dia ditemani Cikgu Zila sepanjang menghabiskan cuti sekolah di Sarawak. Dia terkejut apabila mengetahui syarikat yang menaja sekolahnya adalah milik Tengku Faal. Tengku Faal datang bersama Firas untuk memujuk Thiya. Adakah kasih yang terputus antara Thiya dan Tengku Faal akan bertaut semula?

Kembali Mencintai : EP3
​
Tan Sri Thaqif akhirnya merestui Thiya untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru. Semasa majlis pertunangan kakaknya, Thiya terkejut apabila mendapati jurugambar keluarga mereka ialah Tengku Faal.

Kembali Mencintai : EP6​
​
Tengku Faal meminta Thiya memberikannya peluang, agar mereka dapat berkenalan dengan lebih dekat dalam masa tiga minggu, Puan Sri Fatima dan Tengku Fareha pula berharap Thiya dan Tengku Faal dapat disatukan dengan segera.

Kembali Mencintai : EP9​
​
Tengku Faal berjumpa Thiya untuk memberikan makanan. Tengku Fareha mengajak Thiya keluar makan bersama, namun Mona datang mengganggu mereka. Tengku Fareha meminta Thiya untuk tidak menghiraukan kehadiran Mona.

Kembali Mencintai : EP12​
​
Pada perjumpaan keluarga Thiya dan Tengku Faal, Thiya mengumumkan keputusannya berhubung hubungan dia dan Tengku Faal. Namun, Thiya meletakkan syarat taklik tambahan yang mengejutkan kedua-dua keluarga mereka.

Kembali Mencintai : EP15​
​
Thiya dan Tengku Faal mencuba baju pengantin di butik dan terserempak dengan Cikgu Nazran. Di sekolah, kertas kerja program Cikgu Firas diluluskan dan dia cuba mendekati Thiya. Namun, Salma menegur Cikgu Firas demi mengelakkan salah faham antara Thiya dan Tengku Faal.

Kembali Mencintai : EP18​
​
Tengku Faal dan Thiya berbulan madu di Sarawak, dan mereka terserempak dengan bekas kekasih Tengku Faal. Tengku Faal dan Thiya membuat keputusan untuk memulakan hidup bersama di rumah sendiri.

Kembali Mencintai : EP21​
​
Salma menduduki ujian memandu tanpa pengetahuan Thiya. Tengku Fareha membantu Thiya di rumah agar dia tidak penat, manakala Firash mencari kontraktor untuk ubah suai rumah putih. Thiya pula ingin tahu tentang Tok Putih dan Tengku Firial, sementara Tengku Arshad berkunjung ke rumah Tengku Faal.

Kembali Mencintai : EP24​
​
Thiya datang ke pejabat Tengku Faal untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka. Namun dia terkejut apabila mendapati Juita dan Tengku Faal berada di pejabat itu dalam keadaan mencurigakan. Dia berasa sangat kecewa dan tidak menyangka Tengku Faal akan melukakan hatinya. Apakah yang akan terjadi kepada hubungan Thiya dan Faal?
